• ABOUT ME
  • MY REFLECTION
  • ASSIGNMENTS
 

Week 14

1/3/2016

0 Comments

 
​Assalamualaikum semua, bersua kembali kita ya? Hehe..
Pada minggu ini saya didedahkan kepada aplikasi Microsoft Excel. Pernah dengar bukan? Tapi pernahkah anda menggunakannya?. Rupa-rupanya banyak benda yang saya kurang mahir dalam  bidang IT ni. Okay berbalik kepada pelajaran tadi, Dr. Fariza menerangkan fungsi-fungsi aplikasi tersebut dan beliau meminta kami semua untuk menyediakan nama 30 orang pelajar dengan menggunakan microsoft excel. Setelah selesai menyenaraikan nama dan markah pelajar-pelajar tersebut kami diajar menggunakan formula yang terdapat dalam aplikasi microsoft excel. Sebenarnya microsoft excel ini sangat membantu sesuatu pekerjaan manusia khasnya bagi seorang guru. Seterusnya, kami diminta untuk membentangkan video yang telah ditugaskan beberapa minggu yang lepas.  Sebelum kelas berakhir, Dr. fariza memberikan kami tugasan yang perlu disiapkan dengan menggunakan microsoft excel iaitu membuat analisis setiap subjek. 
Untuk makluman anda, minggu ini merupakan kelas terakhir kami pada semester 1. Pada penghujung kelas kami, Dr. fariza menghadiahkan kami sebuah buku dan sebatang pen yang beliau sendiri merupakan designer nya. Terima kasih Dr. Fariza atas segalanya..
0 Comments

Week 12

1/3/2016

0 Comments

 
​Assalamualaikum semua, minggu ini berkenan proses pembuatan video yang mengandungi 5 elements of multimedia. Pada permulaan kelas, Dr. Fariza bertanyakan kepada kami tentang progress storyboard. Beliau berjalan dari group ke group untuk memperbetulkan kesalahan dan kesilapan kami dalam penyediaan storyboard tersebut. Banyak tips Dr. Fariza kongsikan kepada kami terutamanya dalam bidang IT. Dr. Fariza turut mengesyorkan kepada kami online video editor iaitu WeVideo dan Flimora yang mana lebih memudahkan kerja kami. Akhir sekali, Dr. Fariza mengingatkan kami untuk menyiapkan assignments dan reflections yang telah lepas.
Sekian saja dari saya pada minggu ini.
Terima kasih dan assalamualaikum..
0 Comments

Week 11

1/3/2016

0 Comments

 
Assalamualaikum semua, bersua kembali kita..hehe.
Pada minggu ini, kami memulakan kelas dengan menunjukkan brochure yang telah disiapkan kepada Dr. Fariza dan rakan-rakan. Berbagai destinasi menjadi pilihan. Seterusnya Dr. Fariza menceritakan tentang pengalaman beliau bercuti ke pelosok dunia yang begitu menarik. Selepas itu, kami dikerahkan untuk mencari 5 elements of multimedia oleh Dr. Fariza. 5 elemen yang saya dapati ialah text, audio, images, videos, dan animation. Sebelum kelas berakhir, Dr. Fariza menerangkan kepada kami tugasan seterusnya yang mana kami dituntut untuk membuat video yang mengandungi 5 elemen tersebut. seperti biasa anda boleh mengakses video kami dalam Assignments..
​sekian..Assalamualaikum...
0 Comments

Week 10

1/3/2016

0 Comments

 
Assalamualaikum semua, pada minggu ke-10 ini Dr. Fariza bertanyakan tentang progress kami membuat report. Dr. Fariza mengingatkan kami agar berhati-hati dan fokus dalam membuat report yang mana beliau menekankan bahagian findings. Selepas itu, Dr. Fariza berjalan dari group ke group bagi memastikan kami tiada sebarang permasalahan dalam menyelesaikan report tersebut. Selain itu, Dr. Fariza menunjukkan contoh report yang mana merupakan hak milik beliau melalui academia. Pada saya, cara pengajaran Dr. Fariza sangat berkesan kerana ianya lebih mesra pelajar. Akhir sekali, sebelum kelas berakhir Dr. Fariza memberikan tugasan kepada kami untuk menyiapkan brochure mengenai dream vacation. Kami menggunakan Microsoft Publisher dalam menyiapkan tugasan tersebut. Anda boleh melihat brochure saya dalam Assignments..
​sekian dari saya, terima kasih...
0 Comments

Week 9

1/2/2016

0 Comments

 
Assalamualaikum semua. Alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita bersama-sama meneruskan kehidupan. Alhamdulillah dapat lagi kita bersua pada minggu ini. Untuk makluman anda semua, pada minggu ke-9 ini kami diajar mengenai cara-cara untuk membuat research report. Dr. Fariza menerangkan kepada kami tentang apa yang perlu ada dalam report contohnya seperti; 
1.0 Introduction
2.0 Literature Review
3.0 Research Objectives
ini sangatlah membantu kami dalam proses penyediaan report. Pada awalnya kami blur dan kosong tak tau nk buat apa dlm report, tak tau apa yang perlu ada dlm report. Tapi selepas penerangan drpd Dr. Fariza kami yakin bahawa kami akan menyiapkan report dengan teratur mengikut panduan Dr. Fariza..
sekian saja dari saya..terima kasih Dr.Fariza..
assalamualaikum...
0 Comments

Week 8

1/2/2016

1 Comment

 
Assalamualaikum semua, apa khabar anda pada minggu ini? moga sihat alhamdulillah hendaknya. Pada minggu ini saya dan rakan2 perlu menunjukkan soalan questionnaire yang telah kami lengkapkan kepada Dr. Fariza. Pada minggu ini ianya lebih kepada pembetulan hasil kerja kami. Seterusnya, kami didedahkan kepada aplikasi Google Sheets. Pernah dengar bukan? sama seperti saya, pernah dengar tentang google sheets tapi tidak pernah menggunakannya. Rupa-rupanya Google sheets ini sangat membantu dalam menganalisis data daripada questionnaire.Oh teknologi !! try2 lah yer sahabat guna Google Sheets ni..hehe
itu saja dari saya minggu ini.. sekian...
1 Comment

Week 7

12/7/2015

0 Comments

 
​Assalamualaikum dan Hi semua, pada minggu ini kami diajar mengenai cara2 untuk membuat online questionnaire. Seperti biasa, proses membuat online questionnaire juga turut menggunakan apps Google Drive. Haa, sangat berguna kan Google Drive ni?
Untuk pengetahuan semua, online questionnaire ini juga dibuat berdasarkan Web 2.0 dan tujuan soal selidik ini dibuat adalah untuk mengetahui maklumbalas orang ramai mengenai Web 2.0. Alhamdulillah, kami berjaya membuat soal selidik online dengan jayanya. Saya amatlah berterima kasih kepada Dr. Fariza kerana beliau telah banyak membuka minda saya mengenai IT. Sekian saja coretan saya..
0 Comments

Week 6

12/7/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum dan Hi kepada semua, bertemu lagi kita pada minggu ke-6.
Untuk makluman anda semua, minggu ke-6 merupakan minggu pembentangan. Semua kumpulan dikehendaki menyediakan powerpoint/slide untuk membentangkan tugasan/idea yang telah diberikan oleh Dr. Fariza. Sebagai pengetahuan kepada semua, kumpulan saya telah dipertanggungjawabkan untuk membentangkan tugasan mengenai penggunaan Web 2.0. Sekarang nak buat presentation dah tak payah nk cucuk2 pendrive, pakai je apps Google Drive yang Dr. Fariza perkenalkan tu. Senang je, asalkan ada kemudahan internet kita boleh mengakses kerja2 tanpa mengira masa atau tempat. Alhamdulillah kumpulan saya telah membentangkan hasil kerja dengan baik. Tapi, markah tu saya tak taulah macam mana..hehehe.. Dr. Fariza yang menilai kami pada masa tu. Harap2nya dpt yang terbaiklah kan?..huhu.. Sekian saja dari saya pada minggu ni.​
0 Comments

week 5

12/3/2015

1 Comment

 
Assalamualaikum semua,
Untuk pengetahuan semua pada minggu ke-5 kami didedahkan kepada aplikasi Google Drive. Kami diberi penerangan mengenai Google Drive oleh Dr. Fariza secara santai dan mudah untuk difahami. Dr. Fariza kemudiannya memperkenalkan aplikasi-aplikasi yg terdapat dalam Google Drive seperti Google Docs dan Google Slides. Saya agak tertarik dengan Google Slides sebenarnya kerana ianya mempunyai ciri yang sama dengan microsoft powerpoint. Penggunaan Google Slides ini dapat membantu untuk memudahkan pelajar dalam penyediaan powerpoint untuk sebarang pembentangan. Satu lagi ciri yang membuat saya lebih tertarik dengan Google Slides adalah 'autosave'. Autosave sangatlah berguna kepada pelajar-pelajar. Hal ini demikian kerana, kita tidak perlu risau jika berlaku sebarang masalah contohnya blackout semasa proses penyediaan slide kerana ianya telah direkodkan dan disimpan secara automatik. Google Slides juga boleh memberi kemudahan kepada kerja-kerja berkumpulan. Dengan menggunakan Google Slides, ahli kumpulan tidak perlu untuk bersua muka untuk menyiapkan sebarang tugasan. Seterusnya, pada minggu ke-5 juga kami diberitahu oleh Dr. Fariza bahawa kami perlu menggunakan Google Slides untuk membuat powerpoint mengenai tajuk yang telah diberikan  sebagai persediaan untuk pembentangan yang akan datang. Setakat ini sahaja mengenai minggu ke-5. Sekian...
1 Comment

week 3&4

11/21/2015

 
Assalamualaikum,
Pada minggu kedua kelas kami ditangguhkan kerana ianya jatuh pada tarikh hari raya aidiladha. Oleh hal yang demikian, kelas tersebut digantikan pada minggu ketiga dan ini bermakna kelas tersebut berlangsung pada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sepanjang kelas tersebut, kami sekali lagi diberi penerangan tentang satu lagi software iaitu google docs. Kami diberi tugasan berkumpulan yang perlu diselesaikan dalam software google docs tersebut. Sepanjang proses pelaksanaan tugasan tersebut, saya mendapati software tersebut amatlah membantu kami dalam melengkapkan mana-mana bahagian tanpa mengadakan perbincangan secara bersemuka. Setiap ahli kumpulan boleh membuat sebarang pembetulan dan penambahbaikan dalam google docs. Akhir sekali, sebelum kelas selesai kami meyertai kuiz melalui kahoot.
<<Previous

    Author

    Muhammad Hilmi Yaacob
    Kelantanese
    ​20 y/o

    Archives

    January 2016
    December 2015
    November 2015

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • ABOUT ME
  • MY REFLECTION
  • ASSIGNMENTS