Assalamualaikum semua,
Untuk pengetahuan semua pada minggu ke-5 kami didedahkan kepada aplikasi Google Drive. Kami diberi penerangan mengenai Google Drive oleh Dr. Fariza secara santai dan mudah untuk difahami. Dr. Fariza kemudiannya memperkenalkan aplikasi-aplikasi yg terdapat dalam Google Drive seperti Google Docs dan Google Slides. Saya agak tertarik dengan Google Slides sebenarnya kerana ianya mempunyai ciri yang sama dengan microsoft powerpoint. Penggunaan Google Slides ini dapat membantu untuk memudahkan pelajar dalam penyediaan powerpoint untuk sebarang pembentangan. Satu lagi ciri yang membuat saya lebih tertarik dengan Google Slides adalah 'autosave'. Autosave sangatlah berguna kepada pelajar-pelajar. Hal ini demikian kerana, kita tidak perlu risau jika berlaku sebarang masalah contohnya blackout semasa proses penyediaan slide kerana ianya telah direkodkan dan disimpan secara automatik. Google Slides juga boleh memberi kemudahan kepada kerja-kerja berkumpulan. Dengan menggunakan Google Slides, ahli kumpulan tidak perlu untuk bersua muka untuk menyiapkan sebarang tugasan. Seterusnya, pada minggu ke-5 juga kami diberitahu oleh Dr. Fariza bahawa kami perlu menggunakan Google Slides untuk membuat powerpoint mengenai tajuk yang telah diberikan sebagai persediaan untuk pembentangan yang akan datang. Setakat ini sahaja mengenai minggu ke-5. Sekian...